Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Selepas sah menyertai MPFL musim 2023, JDT mula berbelanja besar untuk memantapkan pasukan futsal yang dibentuk. Hari ini, mereka telah mengesahkan khidmat Juan Antonio Miguel Garcia sebagai ketua jurulatih skuad futsal JDT.
Pengumuman penyertaan Miguel Garcia sebagai ketua jurulatih dibuat di laman media sosial rasmi JDT hari ini.
Jurulatih berusia 55 tahun itu memulakan kariernya sebagai jurulatih sejak 2001. Sebelum Harimau Selatan, dia pernah melatih pasukan-pasukan futsal utama di Sepanyol seperti Real Betis, Palma Futsal dan Santa Caloma.
Selain kelab-kelab Sepanyol, Miguel Garcia atau gelaran mesranya Juanito juga pernah melatih Thai Son Bac (Vietnam) dan Sporting Clube de Paris (Perancis).
Seperti mana pasukan bola sepak JDT, JDT juga dijangka merekrut pemain import dari Sepanyol bagi memantapkan pasukan futsal mereka. Pemain import tersebut dijangka dipilih berdasarkan input Miguel Garcia.