“Rakyat Malaysia Akan Bangga Dengan Aksi Harimau Malaya” – Kim Pan-gon

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon yakin skuad kendaliannya akan tetap mempamerkan persembahan bertenaga sungguhpun hadir dengan ramai muka baharu.

Beliau yang ditemui dalam sesi sidang media hari ini memaklumkan, anak buahnya dituntut untuk membuktikan kemampuan sebenar di atas padang.

Malah, beliau mahu muka baharu yang dipanggil kali ini dapat menyerap segala falsafah bola sepaknya untuk membentuk gandingan berbisa menjelang kempen Piala AFF Mitshubishi Electric .2022.

Katanya, beliau tidak mahu menetapkan sebarang tekanan terhadap pemain namun berharap identiti bola sepak Malaysia yang turun dengan dominasi, agresif dan penguasaan bola itu dapat dikekalkan.

“Aksi ini bagus untuk melihat sama ada pemain kita bersedia atau tidak untuk tampil beraksi.”

“Saya mahu lihat satu aksi yang baik dan pemain kekalkan identiti kita dengan corak dinamik, agresif dan penguasaan bola dapat diteruskan,” jelasnya.

Beliau juga tidak kisah siapa pun yang bakal menyarung jersi Harimau Malaya selagi mereka tetap beraksi dengan sepenuh hati.

“Saya yakin rakyat Malaysia akan bangga melihat aksi Harimau Malaya.”

Malaysia akan turun berdepan Kemboja bagi aksi persahabatan pertama dalam misi membentuk gandingan terbaik menjelang Piala AFF tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *