Quentin Cheng Dan Azwan Aripin Bentuk Gandingan Sempurna Bersama Penang FC

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Gandingan dua pemain pertahanan pasukan Penang FC, Quentin Cheng dan juga Azwan Aripin dilihat menjadi senjata utama buat pasukan tersebut musim ini untuk membawa mereka pada kedudukan ketiga liga ketika ini.

Kedua-dua pemain ini baru sahaja menyertai pasukan pada awal musim ini namun teah memberikan impak dengan segera dalam percaturan taktikal jurulatih, Tomas Trucha.

Quentin Cheng merupakan pemain pertahanan kanan yang dipinjam daripada pasukan Selangor FC menujukkan kualiti dan potensi sebenar beliau untuk membantu pasukan tersebut terus konsisten di atas padang.

Bukan itu sahaja, kebolehan pemain ini untuk melancarkan serangan di samping hantaran-hantaran lintang yang sering menjadi duri dalam daging ternyata memberi kesan yang amat besar buat pasukan.

Pemain kelahiran Australia-Malaysia ini telah membuat penampilan dalam kesemua aksi di Liga Super musim ini.

Selain itu, beliau juga telah mencatat 5 bantuan gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Kemampuan beliau untuk bertahan juga menjadi aset penting buat pemain tinggi lampai ini. Beliau dilihat sering menggagalkan cubaan-cubaan berbahaya daripada pemain lawan yang melancarkan serangan di bahagian kanan pasukan.

Pemain yang bergandingan bersama beliau di bahagian kiri ialah bekas pertahanan kanan Kelantan FC iaitu Azwan Aripin.

Pemain berusia 25 tahun ini juga sedang menikmati musim cemerlang bersama pasukan utara tanah air.

Sepanjang 17 perlawanan beliau diturunkan, pemain ini telah berjaya membuat 1 bantuan gol. Aset terbesar pemain ini adalah beliau sentiasa bekerja keras di atas padang untuk tidak membenarkan lawan melepasinya dengan mudah.

Bukan itu sahaja, beliau juga mempuyai kualiti untuk membantu jentera serangan dengan gandingan bersama Sheriddin di bahagian kiri sentiasa memberi kesukaran buat lawan.

Semoga kedua-dua pasukan terus cemerlang bagi menonjolkan kebolehan sebenar mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *