Qatar 2022: Crotia Raih Tempat Ketiga

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pasukan Crotia secara sah meraih tempat ketiga dalam kempen Piala Dunia Qatar 2022.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Khalifa itu menyaksikan Crotia berjaya menumbangkan Morocco dengan keputusan 2-1.

Babak pertama perlawanan menyaksikan tiga gol terhasil daripada kedua pasukan. Crotia membuka jaringan seawal minit ketujuh perlawanan. Selang dua minit selepas itu, Morocco berjaya menyamakan keduaukan hasil tandukan Achraf Dari.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Crotia sekali lagi berjaya menghampakan harapan penyokong Morocco apabila gol kedua Crotia terhasil menerusi ledakan Mislav Orsic. Masa pertama tamat Crotia 2-1 Morocco.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling menyerang mencari gol tambahan. 

Bagaimanapun aksi separuh masa kedua buntu tanpa jaringan. Crotia berjaya mengekalkan kedudukan sekaligus memastikan kemenangan milik mereka. 

Keputusan tamat, Crotia 2-1 Morocco.