Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Argentina mengesahkan kejuaraan Piala Dunia 2022 setelah berjaya menewaskan pasukan Perancis dalam aksi final Piala Dunia Qatar 2022 hari ini.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Lusail menyaksikan Argentina mencatat kemenangan bergaya menundukkan Perancis dalam penentuan sepakan penalti.
Babak pertama perlawanan hadir menerusi jaringan bintang sensasi kelahiran Rosaria Argentina, Lionel Messi dan Angel Di Maria. Mereka berjaya membawa Argentina mendahului 2-0 dihadapan.
Separuh masa kedua pula menyaksikan kebangkitan pasukan Perancis mula tercetus. Jaringan cantik Kylian Mbappe menyerikan aksi final Qatar 2022.
Aksi dilanjutkan ke masa tambahan. Lionel Messi dan Kylian Mbappe masing-masing sekali lagi menjaringkan gol buat pasukan sekaligus menyaksikan perlawanan terpaksa diteruskan ke penentuan sepakan penalti.
Argentina menang dalam penentuan sepakan penalti dan meraih gelaran juara Piala Dunia Qatar 2022.