Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim hari ini mencuri tumpuan menerusi satu kenyataan di media sosial yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Kapten pasukan Harimau Malaya itu sedang menikmati musim cemerlang bersama bekas majikannya, Terengganu FC dan aksi tersebut berjaya dibawa ke pentas antarabangsa.
Faisal kini menjadi tunjang di bawah kendalian pengendali Korea Selatan, Kim Pan-gon alabila menjaringkan gol kemenangan ketika bertemu Myanmar, baru-baru ini.
Bekas bintang Sri Pahang ini bagaimanapun ada meninggalkan satu pesanan namun tidak diketahui kepada siapa mesej tersebut ingin disampaikan.
“Kita diam orang ingat kita tiada masalah, bila kita bunyi orang kata kita tidak profesional.”
“Pulangkan hak saya, mana boleh ambil hak orang tanpa beritahu apa-apa.”
Kenyataan ini juga ditambah dengan menyebut tiada mana-mana akta yang membolehkan perkara sebegitu berlaku.
“Ikut akta mana ya, ingat kita diam kita tak kisah. Dalam kontrak pun tak ada benda tu, guna kuasa mana ya,” jelas Faisal.
Beliau kini baru sahaja diumumkan selaku aset baharu The Red Giants menerusi kontrak dua tahun.