Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Gianni Infantino, Presiden FIFA mahu piala AFF diangkat sekaligus menyaksikan kejohanan berlangsung dalam kalendar FIFA.
Sepanjang piala AFF berlangsung, kejohanan ini mendapat perhatian ke seluruh dunia sehingga FIFA berminat membawa AFF untuk berada di bawahnya.
Peluang piala AFF cukup besar dengan bilangan penyokong yang tinggi mampu menandingi telah membuka mata pihak beliau tentang potensi sebenar kejohanan berprestij di Asia Tenggara ini.
Menurutnya, piala AFF sangat berpotensi dinaik taraf kepada kejohanan rasmi FIFA dan mahu membawa kejohanan ini ke haluan yang lebih baik.
“Dengan adanya kerjasama yang utuh mampu menjadikan piala AFF lebih besar dengan persetujuan FIFA”
“Piala AFF merupakan acara penting bagi Asia Tenggara. Dengan populasi penduduk yang lebih 650 juta orang, semua rakyat ASEAN memberi sokongan hebat kepada kejohanan ini.”
“Sepanjang tempoh tiga tahun kebelakang, negara-negara ASEAN sudah menunjukkan minat terhadap bola sepak sehingga dapat meraih pencapaian yang baik dalam bola sepak lelaki dan wanita,” kata Presiden FIFA menerusi laman berita Vietnam, Zingnews.
Penaiktarafan kejohanan Piala AFF ini bakal memperoleh banyak manfaat kepada negara-negara bertanding serta mendapat banyak rangking FIFA.
Baru-baru ini, Gianni Infantino menjadi tetamu VIP bagi menyaksikan perlawanan akhir ke-2 piala AFF 2022, iaitu pertembungan antara Thailand dan Vietnam.