Piala Uber: Malaysia Bersaing Sengit Sebelum Tewas

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Skuad badminton negara hari ini yang turun dengan mempertaruhkan barisan pemain muda menampilkan persembahan yang cukup mengagumkan sebelum terpaksa akur selepas tewas 5-0 China di Kejohanan Badminton Piala Uber di Ceres Arena sebentar tadi.

Malaysia bermula garang menerusi jaguh pemain perseorangan utama negara, Eoon Qi Xuan untuk memberi saingan kepada Chen Yu Fei sebelum terpaksa akur dengan kehebatan lawannya yang menang dengan keputusan 21-13 dan 21-11.

Seterusnya, Malaysia mempertaruhkan gandingan Lee Meng Yean-M Thinaah yang turun untuk memberi cabaran kepada beregu China, Yu Ting/Li Xuan sebelum tewas 21-12 pada set pertama.

Tidak terhenti di situ, mereka terus memberikan tekanan yang cukup hebat namun tidak mampu menyaingi kehebatan lawannya sebelum tewas 21-17.

Pasukan negara mempertaruhkan kudrat bintang muda, Siti Nurshuhaini bagi menghadapi cabaran perseorangan kedua China, Bing Jiao. Namun begitu, pengalaman ternyata membezakan antara kedua pemain ini yang mudah membenam cabaran atlet negara berusia 17 tahun itu dengan keputusan 21-8 dan 21-3.

Ia sekaligus menutup peluang Malaysia untuk menang dalam perlawanan ini setelah China menang 3 perlawanan awal.

Bagaimanapun, China terus menutup ruang dan peluang buat pasukan negara dengan saingan yang cukup mencabar oleh Jia Yi Fan dan Huang D P yang menerima cabaran sengit oleh Goh Pei Kee dan Teoh Mei Xing sebelum menang 21-9 dan 21-12.

Pada perlawanan terakhir, pemain negara K Letshanaa, 18, mempamerkan semangat juang tinggi berdepan Wang Zhi Yi sebelum tewas 21-15, 21-11.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *