Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Perjuangan kontinjen negara untuk meraih kemenangan pada perlawanan pembukaan menentang Denmark tidak kesampaian apabila tewas dengan keputusan 4-1.
Perlawanan pembukaan bermula dengan penuh dramatik apabila jaguh perseorangan wanita negara, Kisona turun menentang pemain dari Denmark, Mia Blichfeldt.
Bersambung perlawanan kedua, beregu wanita negara pula turun dengan misi meraih mata pertama negara menerusi Thinnah Muralitharan-Lee Meng Yean menentang Maiken Fruergaard-Sara Thygesen.
Set pertama berakhir dengan kemenangan buat beregu Denmark dengan keputusan 21-19 sebelum bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 21-10.
Namun begitu, perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Denmark sekaligus meletakkan mereka pada kedudukan yang selesa.
Perlawanan penentuan Malaysia terletak di tangan perseorangan wanita kedua iaitu Eoon Xi Quan yang turun menentang Line Christophersen.
Perlawanan berlangsung sengit buat Eoon Xi Quan sebelum menang menerusi rubber set dengan keputusan 21-18, 18-21 dan 15-21.
Beregu Wanita Kedua, Teoh Mei Xing-Yap Ling turut tewas menentang beregu dari Denmark, Amalie Magelund-Freja Ravn. Malaysia tewas straight set 21-13 dan 21-19.
Perseorangan wanita terakhir negara iaitu K Letshanaa yang turun menentang Line Kjaersfeldt turut gagal menyaingi kehebatan lawannya apabila tumpas straight set 21-18 dan 21-14.