Piala Uber: Denmark Mandi Peluh Atasi Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Perlawanaan pertama saingan Piala Uber Kumpulan C menyaksikan Malaysia tewas kepada pasukan Denmark apabila Denmark menang dengan keputusan 3-2.

Denmark bermula garang dalam aksi perseorangan wanita apabila wakil Malaysia Kisona Selvaduray tewas keatas Mia Blichfeldt. Kisona tewas dengan straight set, 14-21 dan 15-21.

Bagaimanapun Malaysia cuba bangkit menerusi beregu wanita negara yang mempertaruhkan gandingan Pearly Tan dan M. Thinaah. Aksi bertenaga yang ditampilkan Pearly dan Thinaah berjaya menewaskan gandingan Maiken Fregaard dan Sara Thygesen dengan straight set, 21-19, 21-19.

Momentum pasukan negara terus cemerlang selepas Goh Jin Wei turun dengan penuh meyakinkan menewaskan Line Christophersen. Kemenangan rubber set, 21-12, 11-21, 21-5 telah memastikan Malaysia mendahului Denmark 2-1 dihadapan.

Aksi semakin sengit dalam acara beregu wanita tatkala wakil negara Anna Cheong dan Teoh Mei Xing tewas kepada Alexandra Boje dan Amalie Magelund. Kesilapan mudah yang dilakukan sekaligus menghukum mereka tewas dengan straight set 14-21 dan 10-21.

Aksi terakhir yang menyaksikan Myisha Khairul turun sebagai wakil perseorangan negara menentang Line Kjaerfeldt. Pengalaman yang dimiliki Line Kjaerfeldt jelas menjadi kelebihan apabila menewaskan Myisha dengan keputusan 21-12 dan 21-9.

Perlawanan tamat Malaysia 2-3 Denmark.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *