Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Skuad badminton negara berjaya memulakan perlawanan pertama dalam saingan Piala Thomas 2021 dengan menumpaskan Kanada 5-0 awal pagi tadi.
Perlawanan pertama bermula dengan cukup baik apabila wakil perseorangan negara, Lee Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan lawannya iaitu Brian Yang.
Beliau mudah membenam cabaran lawannya yang gagal menyaingi kepantasan Zii Jia dengan keputusan 21-18 dan 21-13.
Kemenangan ini ternyata memberi semangat buat pemain perseorangan kedua negara, Cheam June Wei yang mempunyai gaya permainan menyerang yang cukup bagus.
Ini menyebabkan lawannya, Anthony Ho-Shue tidak dapat membuat apa-apa selain kelajuan yang dimilikinya menyebabkan dia menang mudah 21-14 dan 21-14.
Berada pada kedudukan yang cukup selesa, perjuangan Malaysia diteruskan menerusi aksiTurun mantap pemain perseorangan ketiga, Ng Tze Yong yang turun untuk menentang R. Sankeerth.
Perlawanan tersebut berlangsung cukup sengit bagi memastikan Malaysia meraih mata kemenangan apabila berjaya dilaksanakan dengan baik menerusi kemenangan 21-7 dan 21-19.
Malaysia sah menewaskan Canada dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan.
Turun selaku gandingan baharu kali ini, persembahan Izzuddin dan Wooi Yik yang sangat tenang dan konsisten berjaya menewaskan Charron dan Tetreault dengan keputusan 21-7 dan 21-10.
Ini juga membuktikan bahawa mereka mempunyai persefahaman yang sangat baik sungguhpun pertama kali bergandingan.
Malam gemilang Malaysia dilengkapkan dengan kemenangan mudah oleh beregu kedua negara, Aaron Chia dan Goh Sze Fei yang mudah menewaskan beregu Kanada untuk memastikan skuad negara menang kesemua perlawanan pada malam tadi.
Kemenangan ke atas Kanada itu bakal menyaksikan Malaysia bakal melangsungkan perlawanan kedua kumpulan D dengan menentang Jepun dalam usaha sekurang-kurangnya untuk layak ke peringkat seterusnya.