Piala Thomas: Malaysia Beri Laluan Sukar Buat Jepun

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Skuad badminton Piala Thomas negara hari ini menampilkan persembahan yang cukup menakjubkan untuk memberi saingan terbaik kepada kontinjen Jepun dalam usaha untuk menjadi juara kumpulan D.

Dalam perlawanan pertama yang melibatkan perseorangan negara, Lee Zii Jia yang turun bagi menentang lawan tradisinya, Kento Momota.

Beliau yang memberikan saingan yang cukup bertenaga dilihat mampu untuk menggugat lawannya itu namun ternyata pengalaman memihak kepada Momota apabila menang 21-15, 12-21, 21-23
Kento Momotab dalam perlawanan yang cukup sengit itu.

Tersentak dengan kekalahan tersebut, skuad negara berusaha untuk bangkit sebaik mungkin menerusi gandingan beregu utama negara, Aaron/p Chia dan Soh Wooi Yik yang berdepan seteru utama mereka iaitu Takuro dan Yugo.

Perlawanan yang berlangsung dengan penuh kejutan dan serangan tersebut memihak kepada Jepun yang menang dengan 13-21 dan 13-21 untuk memberikan mata kedua buat Jepun.

Usaha Malaysia seakan menemui jalan buntu apabila perseorangan kedua negara, Cheam June Wei turut tewas kepada Tsuneyama.

Beliau memulakan set pertama dengan cukup konsisten menerusi serangan balas pantas namun terpaksa akur tewas 20-22.

Pada set kedua, lawannya seakan-akan sudah dapat membaca rentaknya yang memaksa beliau mengakhiri set tersebut dengan keputusan 13-21.

Usaha Malaysia untuk meraih mata pertama nyata terus kempunan apabila beregu kedua negara yang beraksi pada perlawanan keempat sebentar tadi.

Gandingan GohSze Fei dan Nur Izzuddin turun bagi menetang Yuta Watanabe dan Akira Koga dalam perlawanan itu.

Mereka dilihat lebih bersedia untuk mengekang segala bentuk asakan sebelum menang 10-21 dan 16-21 untuk menghadiahkan mata keempat buat Jepun.

Namun begitu, hasrat Malaysia untuk mengutip satu mata berharga akhirnya berjaya direalisasikan oleh perseorangan ketiga negara, Jun Hao yang memberikan segalanya sebelum menang 21-19 dan 21-18.

Ini memberi mata tunggal buat negara dan perlawanan peringkat suku akhir bakal diundi dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *