Piala Thomas: Indonesia Tangguh Kemaraan Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Skuad badminton negara sekali lagi memberikan pengajaran berguna buat seteru serumpun, Indonesia apabila menewaskan jiran tetangga itu dalam perlawanan yang penuh dengan kejutan sebentar tadi.

Perlawanan bermula dengan cukup garang buat kedua-dua pasukan dalam usaha untuk meraih mata pertama negara. Pertemuan antara jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia yang turun dengan penuh motivasi bagi menentang Anthony Ginting.

Perlawanan itu berlangsung dengan cukup sengit dengan kedua-dua pemain bekerja keras untuk memaksa lawan kehilangan mata. Namun begitu, Zii Jia melakukan beberapa kesilapan mudah menyebabkan kemenangan berpihak kepada Ginting dengan keputusan 21-15.

Bersambung set kedua, Zii Jia kelihatan lebih dominan untuk melakukan beberapa percubaan ke arah Anthony yang lebih banyak bermain dengan selamat.

Namun begitu, pengalaman memihak kepada Ginting untuk menang 21-17.

Malaysia turun untuk menebus maruah menerusi gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menentang Kevin Sanjaya-Marcus Fernaldi yang berada pada kedudukan pertama dunia.

Menetang jaguh dunia itu bukanlah tugas yang mudah buat pasangan negara apabila tewas set pertama dengan keputusan 21-17.

Bersambung set kedua, Aaron dan Wooi Yik cuba untuk meneruskan rentak yang baik bagi mengekang asakan lawan yang berpengalaman.

Hasilnya, mereka berjaya menumbangkan lawan yang dilihat sedikit goyah dengan keputusan 21-16.

Pada set penentuan, pengalaman nyata memisahkan antara kedua-dua beregu sekaligus memaksa kita akur tewas 15-21.

Turun selaku perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong bagi meraih mata buat Malaysia.

Beliau yang menentang Jonathan Cristie dilihat berhempas pulas dan tidak memberi laluan yang mudah buat lawannya itu.

Pada set pertama, beliau berjaya memberi kejutan dengan kemenangan 21-14 kepada lawannya itu.

Namun begitu, pada set kedua, beliau mempamerkan kematangan dalam aksinya namun lawannya sudah dapat membaca rentaknya untuk menang 21-19.

Pada set penentuan, Tze Yong beraksi dengan cukup baik namun kesilapan mudah yang dilakukan menyebabkan beliau tewas 16-21.

Kekalahan itu menyebabkan Malaysia telah menamatkan perjalanan Piala Thomas kali ini di peringkat suku akhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *