Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pasukan badminton negara melakar kejayaan mudah dalam kejohanan Piala Thomas apabila menang 5-0.
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia turun dengan penuh motivasi untuk memungut mata pertama buat Malaysia.
Beliau mudah untuk membenam cabaran Toby Penty menerusi straight set 21-10 dan 21-15 sungguhpun diberi saingan sengit pada awalnya.
Perlawanan kedua pula melibatkan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Woi Yiik dipaksa untuk berhempas-pulas untuk memungut mata kedua negara.
Mereka turun untuk membenam cabaran Ben Lane/Sean Vendy dalam pertarungan tiga set sebelum menang 19-21, 21-15, 21-16.
Mata ketiga negara diperoleh menerusi kemenangan Ng Tze Yong ke atas Johnnie Torjussen walaupun berdepan laluan berliku.
Beliau menang dengan keputusan 21-16, 19-21 dan 21-11.
Pertarungan keempat wakil Malaysia melibatkan pertembungan antara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin yang menewaskan Rory Easton-Zach Russ.
Sungguhpun kelihatan agak sukar, namun ketenangan dan kematangan pasangan ini berjaya menyerap tekanan sebelum menang 21-10 dan 21-11.
Pertarungan terakhir yang melengkapkan kegemilangan Malaysia pada kejohanan ini apabila Leong Jun Hao menang ke atas Cholan Kayan 21-11 dan 21-15.
Ini juga telah memberi permulaan yang baik buat perjalanan kontinjen negara dalam kejohanan Piala Thomas ini.