Piala Sudirman: Malaysia Sekolahkan Indonesia, Teruskan Langkah Ke Separuh Akhir

Badminton Mlysia

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Skuad badminton negara berhempas pulas sebelum membenam cabaran Indonesia apabila menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-2 pada peringkat suku akhir di Vantaa, Finland hari ini.

Perlawanan pertama negara bermula dengan aksi beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang masih segar dengan kejayaan memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio bulan lalu terus memperagakan aksi konsisten.

Mereka berjaya membenam cabaran beregu nombor 1 dunia itu dengan keputusan 21-12 dan 21-15 yang dilihat tidak mampu untuk menandingi kesungguhan yang dipamerkan oleh beregu muda negara ini untuk memberi kelebihan buat Malaysia di depan.

Seterusnya, perjuangan negara diteruskan dengan aksi pemain perseorangan wanita negara mengambil tempat.

Kisona Selvaduray yang turun untuk menebus kedukaan semalam menunjukkan aksi yang cukup membanggakan. Namun begitu, beliau terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu apabila tewas kepada Gregoria dengan keputusan 20-22, 21-18 dan 19-21.

Perjuangan kontinjen negara itu kemudian disusuli jaguh perseorangan lelaki negara yang juga juara Seluruh England 2021, Lee Zii Jia yang bertungkus-lumus menentang jaguh Indonesia, Anthony Ginting.

Zii Jia kelihatan tenang untuk bermain dalam perlawanan berintensiti tinggi ini berjaya dimenangi oleh Zii Jia dengan pungutan mata 21-11 dan 21-16. Kelicikan dan kepantasan Ginting mudah dipatahkan Zii Jia.

Beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah turun bagi memburu mata keempat negara ketika menentang beregu wanita Indonesia, Greysia Polii dan Apriyani Rahayu. Beregu Malaysia menunjukkan aksi yang menakjubkan apabila memberi tentangan yang sangat sengit dalam perlawanan.

Namun begitu, tuah ternyata tidak memihak kepada mereka apabila ditundukkan dengan keputusan 20-22, 21-17 dan 18-21.

Perlawanan terakhir suku akhir Piala Sudirman malam ini menyaksikan pertembungan beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheah Yee See memberi mata semangat buat pasukan negara apabila menewaskan Praveen Jordan dan Melati D. Oktavianti dengan 21-19, 9-21 dan 21-16.

Malaysia 3-2 Indonesia

Ini sekaligus menyaksikan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir.