Piala Sudirman: Malaysia ‘Melawan’ Namun Jepun Terlalu Liat

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Perlawanan ketiga peringkat kumpulan yang melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia menentang cabaran jagoan dunia, Jepun dilihat berlangsung dengan cukup sengit dalam usaha untuk meraih juara kumpulan bagi memudahkan pasukan untuk mara ke peringkat suku akhir.

Bermula sejak perlawanan pertama lagi, para pemain nyata memberikan segalanya dengan kedua-dua pasukan turun dengan barisan pemain terbaik dari perseorangan hinggalah ke beregu.

Perlawanan pertama dimulakan dengan pertemuan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang menentang Yugo Kobayashi dan Takuro Hoki berlangsung dengan cukup sengit. Kedua-dua pasukan saling berbalas pukulan dan juga menunjukkan kualiti bertahan dengan baik namun kemenangan berpihak kepada beregu negara dengan 22-20.

Set kedua bersambung dengan masing-masing segera memburu mata awal dengan serangan demi serangan dilancarkan ke arah pasangan Jepun. Namun begitu, kehilangan mata disebabkan error nyata menjejaskan pesembahan sekaligus memberikan emenangan berpihak kepada pasangan Jepun dengan 21-14.

Set penentuan menyaksikan Aaron Chia dan Wooi Yik berjuang habis-habisan sebelum memberikan kemanangan pertama buat Malaysia.

Seterusnya, perjuangan negara diteruskan menerusi aksi perseorangan wanita iaitu Kisona Selvaduray yang berdepan cabaran Akane Yamaguchi untuk meraih mata buat negara. Namun begitu, perlawanan bermula dengan agak perlahan apabila pertembungan ke atas pasukan naib juara Piala Sudirman 2019 ini tidak memberi ruang buat kontinjen negara.

Kisona mempamerkan persembahan yang amat meyakinkan sungguhpun berdepan lawan yang tidak kurang hebatnya. Beliau terpaksa akur untuk tewas perlawanan pertama dengan 21-14. Pada set kedua, Kisona mempamerkan kebangkitan pada awal babak permainan untuk mengejar mata lawannya namun rezeki tidak berpihak buatnya apabila tewas straight set 21-14 dan 21-12.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu berlangsung pada giliran ketiga yang menyaksikan pertarungan dua jagoan perseorangan iaitu Lee Zii Jia menentang pemain di ranking no.1 dunia, Kento Momota.

Set pertama berlangsung dengan sangat sengit apabila Lee Zii Jia cuba untuk mencuri mata awal bagi menjarakkan diri dengan pemain tersebut. Usaha tersebut kurang berjaya apabila beliau tewas kepada Momota dengan 18-21. Kento Momota tidak membenarkan lawannya bangkit apabila terus menghambat Zii Jia. Set kedua berakhir dengan kemenangan berpihak kepada jaguh Jepun. Momota menang straight set, 18-21 dan 10-21.

Malaysia meneruskan cabaran pada hari terakhir peringkat kumpulan dengan gandingan beregu wanita negara turun untuk meraih mata. Walaupun Chiharu Shida mengalami kecederan, tuah nyata berpihak kepada beregu wanita itu yang lebih yakin untuk beraksi dalam situasi tekanan tinggi.

Gandingan Pearly Tan dan Thinaah M. menentang Nami Matsuyama dan juga Chiharu Shida berlangsung dengan penuh mendebarkan tatkala kedua-dua sangat berhati-hati untuk melakukan asakan. Set pertama memihak kepada beregu Jepun dengan mata 16-21. Aksi yang cukup baik terus dipamerkan oleh beregu Jepun pada set kedua sekaligus menewaskan beregu negara dengan keputusan 17-21.

Perlawanan terakhir menentang Jepun menyaksikan Hoo Pan Ron dan Cheah Yee See menjadi taruhan. Tidak berdepan laluan mudah, mereka dipaksa berhempas-pulas dalam set pertama namun kesilapan muda telah memaksa mereka tewas 16-21. Bersambung set kedua, perjuangan pasangan campuran ini nyata berdepan laluan berliku. Beregu Malaysia tewas keatas beregu campuran Jepun 9-21.

Malaysia 1-4 Jepun.

Ini menyaksikan Malaysia mengakhiri saingan selaku naib juara kumpulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *