Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Undian rasmi Piala Sudirman 2021 telah pun secara rasminya dikeluarkan sekaligus menamatkan penantian para peminat badminton tanah air.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama-sama pasukan gergasi iaitu Jepun, England dan juga Mesir.
Kejohanan yang memasuki edisi ke-17 ini dijadualkan bakal berlangsung bermula 26 September hingga 3 Oktober di Energia Arena, Vantaa Finland.
Sambil itu, kejohanan Piala Sudirman ini berlangsung terlebih dahulu sebelum memberi laluan kepada kejohanan berikutnya iaitu Piala Thomas.
Kini, harapan negara terletak kepada barisan pemain yang telah diamanahkan untuk
membawa cabaran negara dalam kejohanan tersebut.
Terdapat juga dua lagi kejohanan yang bakal menyusul iaitu Piala Thomas dan juga saingan Piala Uber.