Piala Sudirman: Malaysia Buat England Menangis

BWF TV

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Skuad badminton Piala Sudirman negara hari ini telah menentang pasukan England di EnergiaAreena, Vantaa, Finland. Pasukan negara berjaya menang dalam perlawanan pertama Kumpulan D sekaligus menyaksikan satu permulaan yang baik buat kontinjen negara.

Malaysia mempertaruhkan gandingan Hoo Pang Ron dan Cheah Yee Sea dalam acara beregu campuran sambil menerima tentangan Marcus Ellis dan Lauren Smith.

Pang Ron dilihat memiliki kelajuan dan smash yang padu manakala Cheah pula bijak mencari ruang-ruang kosong sekaligus dapat memerangkap lawan. Malaysia bermula dengan baik apabila menang dengan straight set 21-19 dan 21-18.

Skuad kebangsaan terus mengganas dalam acara perseorangan lelaki yang menampilkan pertembungan antara Lee Zii Jia menentang Johnnie Torjussen. Zii Jia menang mudah 21-4, 21-15.

Bersambung aksi beregu lelaki pula, pemenang pingat gangsa sukan Olimpik Tokyo, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menang ke atas wakil dari England, Ben Lane dan Sean Vendy. Set pertama beregu Malaysia menang 22-20 dan set kedua terus cemerlang 21-18.

Pemain perseorangan wanita, Kisona Selvaduray pula tewas kepada wakil dari England Abigail Holden. Set pertama Kisona tewas 16-21 manakala di set kedua Kisona gagal bangkit apabila tewas 20-22. Aksi sengit sebentar tadi berpihak kepada Abigail.

Gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah berjaya menamatkan perlawanan hari ini dengan kekalahan buat pasukan negara.

Perlawanan set pertama berkesudahan dengan kekalahan kepada kontinjen negara dengan 21-18 sungguhpun memberi tentangan sengit kepada lawan.

Namun begitu, mereka bangkit pada set kedua untuk menang mudah 21-17 untuk meneruskan perjuangan di set penentuan.

Perlawanan set ketiga berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan England sungguhpun pemain negara mempamerkan perjuangan hingga saat akhir namun keputusan berpihak kepada lawan dengan 21-10.

Skuad negara menang tipis 3-2 ke atas England hari ini.