Piala Sudirman: Jepun Tangguh Perjuangan Membanggakan Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Skuad badminton Jepun berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Sudirman 2021 selepas menumpaskan Malaysia 3-1 di suku akhir sebentar tadi di Vantaa, Finland.

Kemenangan negara matahari terbit itu bakal menyaksikan Jepun sekali lagi akan berdepan China di peringkat akhir .

Perlawanan pertama dimulakan dengan aksi cemerlang yang ditampilkan oleh gandingan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik namun tidak berjaya mengulangi pencapaian di Sukan Olimpik Tokyo apabila tumbang kepada pasangan berbisa, Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dengan keputusan 21-15, 21-14.

Bagaimanapun, Jepun terus memberikan tekanan kepada pasukan negar apabila perseorangan wanita negara, S Kisona tumpas 21-7 dan 21-5 kepada Akane Yamaguchi.

Lee Zii Jia menyalakan semula harapan kontinjen negara dengan memperagakan konsistensi yang dipamerkan ketika menentang Anthony Ginting sungguhpun tewas pada Kento Momota pada perlawanan peringkat kumpulan.

Beliau dilihat cukup bersedia untuk mengekang cabaran oleh pemain no.1 dunia itu untuk menang straight set 22-20 dan 21-19.

Tidak terhenti di situ, Jepun sekali lagi bangkit untuk meraih mata mutlak 3-1 untuk mengesahkan kemenangan menerusi aksi Mayu Matsumoto dan Misaki Matsumoto yang berhempas pulas diasak oleh gandingan beregu negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan.

Namun begitu hasrat beregu wanita negara untuk meraih kemenangan tertangguh apabila tumpas 21-19 dan 21-17.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Malaysia dijangka berdepan cabaran Korea dalam usaha meraih kilauan gangsa buat kontinjen negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *