Piala AFF: Malaysia Titik Laos

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Aksi kedua kempen Piala AFF 2022 hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Malaysia dan Laos. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon cemerlang menewaskan Laos 5-0.

Jaringan pertama perlawanan hadir pada minit ke-28 perlawanan menerusi Sergio Aguero. Aguero mudah menyumbat masuk lorongan cantik daripada Nor Hakim Hassan.

Selepas jaringan terhasil, kedua-dua pasukan berusaha mencari jaringan tambahan. Bagaimanapun ia tidak membuahkan hasil dan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua permainan, sayap berbisa Muhammad Faisal Halim menyumbat masuk gol kedua buat Malaysia. Tandukan cantik Faisal terhasil menerusi hantaran bergaya Safawi Rasid.

Tidak lama selepas jaringan kedua terhasil, Faisal Halim sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring. Faisal berjaya menewaskan penjaga gol Laos, Keo Oudone dengan tandukan menggegar jaring.

Pada minit ke-77 permainan, penyerang gantian Haqimi Azim berjaya menjaringkan gol keempat buat Harimau Malaya. Rembatan padu Haqimi sekaligus meranapkan harapan pasukan Laos.

Stuart Wilkin menambah duka buat Laos apabila menjaringkan gol kelima buat Malaysia dengan satu percubaan.

Tambahan minit permainan tidak mengubah keputusan perlawanan. Malaysia berjaya atasi cabaran Laos, menang dengan dengan keputusan 5-0.