Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Harimau Malaya bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan pasukan Myanmar dalam aksi pertama hari ini.
Aksi yang berlangsung di Stadium Thuwanna menyaksikan Malaysia mengatasi Myanmar dengan keputusan 1-0.
Gol tunggal perlawanan terhasil pada babak kedua perlawanan menerusi jaringan pemain sayap berbisa, Muhammad Faisal Halim. Pada minit ke-52 permainan, Faisal Halim mudah menyudahkan hantaran cantik dari Safawi Rasid sekaligus menewaskan penjaga gol Myanmar, Khaw Zin Phyo.
Selepas jaringan terhasil, pasukan Malaysia terus berusaha untuk menambah jaringan. Bagaimanapun pada minit-minit akhir permainan, pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti buat Myanmar.
Namun kecemerlangan Syihan Hazmi berjaya menidakkan hasrat Myanmar untuk mencuri satu mata. Beliau bijak menyelamatkan sepakan tersebut.
Malaysia berjaya mengutip 3 mata berharga untuk memulakan kempen saingan kumpulan B dengan langkah kanan.