Endrick Dos Santos Jadi Senjata Penang FC Menjelang Piala Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Perancang tengah pasukan Penang FC, Endrick Dos santos menjadi watak penting dalam kemenjadian pasukan musim ini apabila memacu pasukan untuk mengakhiri saingan di tangga ketiga dalam Liga Super.

Kapten pasukan ini terus mempamerkan kecemerlangan dari satu perlawanan ke perlawanan dengan gandingan yang mantap bersama barisan serangan yang diketuai oleh Casagrande.

Pemain berusia 26 tahun ini mempunyai pakej yang lengkap sebagai seorang pemain yang sangat dominan di atas padang menerusi kebolehan mengawal bola dengan baik selain fizikalnya yang besar memberi kelebihan buatnya.

Bukan itu sahaja, pemain kelahiran Brazil ini juga merupakan pakar bola mati yang benar-benar dimanfaatkan oleh pasukan tersebut. Buktinya, pada perlawanan bertemu Terengganu malam semalam, Penang berjaya memperoleh satu jaringan menerusi sepakan percuma Endrick yang ditanduk masuk oleh Casagrande.

Statistik Endrick juga amat cemerlang dalam membantu pasukan pada musim ini. Bekas bintang Felcra FC ini telah berhasil menjaringkan 4 gol dan menyumbang 11 bantuan gol.

Gandingan beliau di bahagian tenagh bersama dua lagi pemain berpengalaman, David Rowley dan juga Khairu Azrin dilihat amat baik untuk merencanakan gerakan pasukan.

Hasilnya, pasukan kendalian Tomas Trucha berjaya menjaringkan 37 gol secara keseluruhannya untuk berada di tangga ketiga di bekalang naib juara iaitu Kedah Darul Aman FC dan juga juara lapan kali, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kini, Endrick sekali lagi bakal menjadi taruhan pasukan untuk mengharungi kempen Piala Malaysia yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *