Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Perlawanan persahabatan melibatkan pertembungan antara Malaysia dan juga Mongolia berkesudahan dengan kemenangan milik Malaysia.
Pasukan yang baru sahaja menerima jurulatih baharu iaitu Cameron Ng mempamerkan permulaan yang cukup memberangsangkan apabila mula mengatur gerak seawal minit pertama permainan.
Peluang terbaik negara hadir menerusi sepakan percuma dari jarak 30 ela namun melewati palang gol.
Jaringan pembukaan hadir menerusi perancang tengah berbakat, Nurfarisya Hanim apabila melepaskan satu gelecekan sebelum melepaskan satu rembatan di dalam kotak penalti.
Perlawanan terpaksa dihentikan buat seketika akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Malaysia menambah derita Mongolia menerusi gol saat akhir babak pertama oleh Najwa Irdina.
Derita Mongolia berterus apabila gerakan cantik oleh Malaysia sekali lagi disudahkan oleh Arecha Efandi.
Aksi ini juga dilihat sebagai persediaan terbaik buat skuad bola sepak wanita kebangsaan bawah 19 tahun (B-19) yang akan menghadapi Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 bermula 8 Mac ini.
Mereka diundi dalam Kumpulan G Hasil bersama Pakistan, Kemboja dan Myanmar yang bakal mencabar skuad berjulukan Malayan Tigress dalam kumpulan tersebut.