Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet pingpong para negara, Chee Chao Ming tewas kepada Kalem Mohamed dalam perlawanan pembukaan bagi sukan Ping pong di Tokyo Metropolitan Gymnasium semalam.
Chao Ming yang bertanding dalam sukan ping pong katogeri perseorangan kelas 9 terlihat sedikit goyah sejak dari set pertama permainan apabila bertemu dengan lawannya dari Itali. Beliau tewas pada set pertama dengan mata 11-6.
Chao Ming cuba bangkit pada set yang kedua dengan beberapa percubaan yang berjaya mengikat mata dengan lawannya namun pemain dari Itali tampak lebih konsisten memungut mata demi mata sebelum mengalahkan Chao Ming pada set kedua dengan keputusan 11-7
Pada set ketiga, Chao Ming yang berada pada ranking ke 20 dunia bagi kelas 9 tewas mudah kepada lawannya dengan keputusan 11-4. Pada set ini juga, Kalem dilihat menemui rentak sekaligus menamatkan perlawanan dengan 3-0 keatas Chao Ming dengan format 5 set terbaik yang diguna pakai dalam pusingan kelayakan.
Pada perlawanan kedua hari ini, Chao Ming bertemu lawan keduanya dari Great Britain iaitu Stacey Joshua pada jam 8 pagi waktu tempatan. Beliau bermula baik hari ini apabila tidak memberi lawannya itu mata mudah. Malah, percubaan yang dilakukan dilihat lebih tersusun dan kemas untuk memberi tekanan kepada lawannya itu.
Namun begitu, rezeki tidak memihak kepadanya apabil tewas 6-11 pada set tersebut. Bersambung set kedua, pemain berusia 24 tahun ini cemerlang memulakan set dengan memperoleh mata awal. Gerakan dan teknik yang baik turut dipamerkannya namun sekali lagi, beliau tidak mampu menandingi kehebatan lawannya apabil tewas 8-11.
Dalam set ketiga, beliau tidak lagi memberi muka kepada pemain Great Britain itu yang cuba untuk menamatkan saingan lebih awal. Chao Ming memberi aksi terbaiknya namun tewas jua 9-11 sekaligus dikira kalah mengikut peraturan 5 set terbaik.
Dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan menentang Lin Ma dari Australia, wakil Malaysia itu tidak berjaya membenam cabaran pemain tersebut menerusi 3 set awal.
Pada set pertama, Ma Lin kelihatan sudah menemui rentak sejak awal permainan apabila beliau berjaya mematahkan serangan oleh pemain negara.
Bersambung set kedua, Chao Ming semakin hilang arah apabila banyak memberikan mata mudah kepada Caho Ming yang sudah mendominasi perlawanan. Akhirnya, set kedua menjadi miliknya dengan11-5.
Pada set ketiga, Chao MIng dilihat cuba bangkit untuk meraih mata awal. Namun begitu, usahanya terus terbantut dengan aksi konsisten pemain Australia itu yang terus menekan kedudukannya.
Namun begitu, perjalanan Chao Ming berakhir apabila hanya terhenti di peringkat kelayakan sahaja.