Penyokong Tegar Liverpool Salahkan Intan Serah Kerana Tak Sokong Pasukannya

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Normal bagi mana-mana wanita mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih calon suami. Bagi penyerang skuad futsal wanita kebangsaan, Intan Serah Anisah Zulgafli, salah satu kriteria calon suami untuknya ialah bukan penyokong Liverpool – satu kenyataan yang mencetuskan keributan di media sosial.

Sejak kenyataan itu dimuatnaik di laman media sosial termasuk Twitter, ia diulangciap sebanyak 2,491 kali dan mendapat lebih 800 komen.

Begitupun, bagi seorang penyokong Liverpool ini, dia amat terasa dengan syarat yang dikenakan Intan itu. Itu mendorongnya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelakon, model dan penyanyi itu sambil menambah tiada penyokong Reds mahu mendekatinya.

Tidak diketahui apa motif penyokong tersebut berbuat demikian. Tetapi yang pasti, ia mengundang persoalan sama ada Intan sudah mempunyai kekasih atau tidak.

Cubaan Arena Metro menghubungi kapten skuad futsal wanita negara itu berkenaan hal ini juga tidak berhasil. Tetapi dengan statusnya sebagai atlet dan selebriti, tidak hairanlah namanya menjadi bualan ramai baik di atas padang mahupun di luar padang.