Penyokong Indonesia Mengamuk, Serang Bas Thailand Di Gelora Bung Karno

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.


Bas pasukan kebangsaan Thailand dilaporkan telah mengalami kerosakan teruk selepas berlakunya insiden keganasan sebelum perlawanan membabitkan skuad Thailand menentang Indonesia.

Sungguhpun perlawanan ini telah dikawal rapi oleh pasukan keselamatan, ia tetap tidak dapat menahan amukan para penyokong tuan rumah.

Ini termasuk membaling batu pada tingkap bas dan menunjukkan jari tengah terhadap para pemain dan staf pasukan.

Imej serangan ini sudah tular di laman media sosial beberapa jam sebelum

perlawanan penting ini sekaligus menyebabkan ia menerima pelbagai respon daripada netizen.

Situasi ini dilihat seakan sama dengan situasi yang pernah dilalui oleh Malaysia yang pernah turun di Stadium Gelora Bung Karno pada final Piala AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.