Pengorbanan Soon Huat & Shevon Lai Yang Buat Air Mata Jantan Gugur

Amazing Badminton Community

Trending Hari Ini

Share on:

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai mula dengan langkah kanan dalam kejohanan Terbuka Indonesia 2022 apabila berjaya menewaskan gandingan beregu campuran di ranking nombor satu dunia.

Wakil Thailand, Dechapol Puavaranukroh & Sapsiree Taerattanachai gagal meneruskan cabaran apabila tewas kepada wakil negara, 21-18, 7-21 dan 22-20. Kebangkitan serta kesungguhan yang ditampilkan Soon Huat dan Shevon Lai pada aksi penentuan telah melayakkan mereka untuk memenangi perlawanan hari ini.

Keputusan positif itu berjaya dilakar walaupun Soon Huat dikatakan masih belum sihat sepenuhnya ekoran keracunan makanan yang dialaminya tempoh hari. Ketika perlawanan berlangsung, Soon Huat beberapa kali terpaksa ke tepi gelanggang dan menerima rawatan.

Soon Huat turut termuntah pada set ketiga, bagaimanapun beliau tetap berjuang dan meneruskan permainan hingga ke mata penamat.

Kecemerlangan gandingan beregu campuran negara ini menyaksikan mereka bakal beraksi di R16 pada esok. Sementara wakil Malaysia yang lain, Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven-Goh Liu Ying turut melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Tidak ketinggalan, gandingan yang baru disatukan, Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei melakar kejutan menewaskan beregu di ranking ke 16 dunia, dari Jepun.