Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Berhubung dengan kejadian yang menimpa atlet lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, Majlis Sukan Negara (MSN) dikatakan sudah pun melakukan tindakan susulan dengan mengadakan perbincangan secara terperinci bersama Persatuan Para Olahraga Kebangsaan bagi mengemukakan cadangan bagi melakukan penambahbaikan kepada Olahraga Para Dunia (WPA).
Ini susulan penarikan semula pingat emas yang menjadi milik Ziyad apabila beliau disahkan telah pun lewat tiba diruangan menunggu ketika kejohanan tersebut berlangsung.
Selain itu, tindakan yang sedang diusahakan ini hasil daripada cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu yang sebelum ini juga bertungkus-lumus mengerah tenaga untuk mendapatkan semula hak yang menjadi milik Malaysia itu. Cadangan ini termasuklah menyediakan sistem pengawasan lebih kemas termasuk memasang peralatan televisyen litar tertutup (CCTV) di ruang menunggu selain merekodkan waktu setiap kali atlet hadir membuat pendaftaran.
‘WPA juga akan diseru untuk memperjelaskan peraturan ‘Did Not Start (DNS)’ bagi mengelak kekeliruan seperti dialami oleh Ziyad,’ kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail oleh Harian Metro.
Rasionalnya ialah jika atlet gagal mendaftar pada waktu yang ditetapkan, atlet berkenaan tidak harus sama sekali dibenarkan bertanding. ini bagi menjaga emosi dan juga semangat profesionalisme atletdemi mengelak kekecewaan kepada atlet.
Hal ini juga bertitik tolak daripada kejadian tempoh hari ketika Ziyad dibatalkan namun dua atlet Australia dan Equador sungguhpun ketika itu atlet negara telah berjaya melakukan catatan rekod baru dunia.
Ahmad Faizal telah menjelaskan bahawa jawatankuasa siasatan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Borhan Dolah itu telah menyatakan bahawa jurulatih dan atlet berkenaan tidak berhasil mengemukakan sebarang bukti bahawa mereka tiba pada waktu yang ditetapkan.
“Dalam masa yang sama, MSN juga akan sentiasa memberikan peringatan kepada pengurusan pasukan dan jurulatih serta atlet supaya memberikan perhatian kepada tarikh dan tempoh masa pendaftaran sama ada sebelum sesuatu kejohanan mahupun semasa kejohanan berlangsung,” kata Shapawi.