Pengaruh Luar Biasa Zaquan Adha Lonjak Negeri Sembilan FC

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Penyerang skuad Negeri Sembilan, Muhammad Zaquan Adha Abd Razak memberi impak yang cukup besar dalam usaha untuk memastikan pasukan tersebut berjaya kembali ke saingan Liga Super pada musim hadapan.

Penyerang berusia 34 tahun itu menjadi watak penting dalam mengemudi pasukan tersebut untuk mengharungi satu kempen yang cukup memberangsangkan sehingga mampu untuk berada di tangga kedua di belakang Sarawak United.

Bukan itu sahaja, persefahaman yang baik wujud antara jurulatih pasukan, K. Devan dan juga merupakan tonik terbaik untuk membentuk gabungan terbaik bersama pemain muda dan juga import yang ada dalam pasukan.

Anak jati kelahiran Negeri Sembilan ini juga masih membuktikan kualiti penyudahnya yang masih berbisa sungguhpun beraksi di saingan Liga Premier dengan meledak 7 gol secara keseluruhannya.

Beliau juga tidak kurang hebatnya apabila membentuk persefahaman yang baik bersama dua penyerang import pasukan iaitu Francis Kone dan juga Alain Akono sekaligus membentuk gandingan terbaik di barisan serangan.

Zaquan juga pastinya sarat dengan pengalaman setelah memimpin beberapa kelab yang pernah diwakilinya sebelum ini termasuklah ketika mengetuai cabaran Harimau Malaya dalam kempen AFF Suzuki pada tahun 2018.

Antara faktor yang membolehkan pasukan menemui rentak terbaik adalah kerana K. Devan yang sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam kancah bola sepak tempatan.

Malah, Zaquan juga pernah menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menutup kemungkinan untuk kembali membarisi skuad kebangsaan namun beliau percaya, Tan Cheng Hoe telah membuat pemilihan yang terbaik untuk membentuk gandingan mantap buat Harimau Malaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *