Pengadil Tutup Mata Pemain Vietnam Tumbuk Kapten Thailand

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Perlawanan antara Vietnam dan Thailand yang berlangsung di Stadium My Dinh, Vietnam ini menyaksikan kedua-dua pasukan berada pada kedudukan yang sengit sebelum terikat dengan keputusan 2-2.

Sepanjang perlawanan, terdapat beberapa aksi panas yang menjadi tumpuan penyokong apabila tatkala masing-masing mahu memperoleh jaringan.

Pasukan tuan rumah juga dikesan terlibat dengan beberapa insiden apabila cuba melakukan provokasi terhadap kapten Thailand tersebut.

Pemain nombor 3 Vietnam, Que Ngoc Hai telah melakukan tindakan luar kawalan apabila cuba menumbuk Theerathon semasa perlawanan berlangsung.

Pengadil jelas terlepas pandang terhadap kejadian ini sehingga gagal mengesan tindakan Ngoc Hai terhadap Theeraton, namun disaksikan oleh ribuan para penyokong.

Pemain pertahanan Vietnam itu sudah beraksi sebanyak 54 perlawanan serta berjaya menjaringkan 4 gol. Beliau juga pernah memperoleh 8 kad dengan tiada kecatatan kad merah.

Pertembungan sengit berjaya memperoleh keputusan 2-2 yang akhirnya Skuad Gajah Perang berjaya memiliki kelebihan gol di pihak lawan yang akan menyaksikan di stadium Thammaasat, isnin ini.