Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Semangat melawan yang ditampilkan oleh pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong dalam aksi final hari ini mendapat pujian menggunung daripada para peminat badminton tanah air.
Beliau hakikatnya dalam kejohanan ini tidaklah dibebani dengan harapan namun kembali mencetuskan fenomena selepas berjaya menewaskan Loh Kean Yew dan juga Srikanth Kidambi.
Tidak menoleh ke belakang, beliau meneruskan perjuangan bermakna hingga ke pentas akhir dalam usaha untuk merangkul pingat emas buat Malaysia.
Perseorangan muda negara ini jelas berada dalam kelas tersendiri namun hakikatnya berdepan dengan lawan yang tidak kurang hebatnya.
Bermula dengan cukup baik, Tze Yong jelas dapat mengawal tempo permainan dengan sangat baik untuk mencatatkan kemenangan 21-19.
Bersambung set kedua, Lakshya Sen jelas cukup bersedia dengan tidak melakukan kesilapan mudah untuk menang dengan keputusan 9-21.
Sungguhpun telah memberi saingan sengit, wakil muda meningkat naik negara ini sudah melakukan yang terbaik sebelum tewas tipis 16-21.
Perjuangan beliau ini mendapat respon yang cukup positif tatkala harapan untuk membawa pulang kilauan pingat akhirnya berjaya direalisasikan.
Para penyokong jelas amat berbangga dengan kerja keras selain semangat tidak berputus asa beliau.
“Kamu telah membuat Malaysia bangga,” jelas Sharizad dengan penuh mendalam.
“Tidak kira apa yang kamu peroleh hari ini, kamu telah membuktikan bahawa kamu seorang pejuang dalam gelanggang,” komen Brian selepas perlawanan.
Ini bermakna beliau berjaya membawa pulang satu emas dan juga satu perak secara keseluruhannya kali ini.