Pemain JDT & Kedah Santai Makan Bersama

SyahmiAdam

Trending Hari Ini

Share on:

Baru-baru ini telah tular satu rakaman memperlihatkan beberapa orang pemain bola sepak yang mewakili pasukan Kedah Darul Aman dan Johor Darul Ta’zim duduk semeja di kedai makan.

Klip video yang berdurasi 18 saat itu telah dirakam oleh seorang pengguna aplikasi Tiktok @syhmiadam_. Beberapa pemain JDT seperti Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid dan Farizal Marlias sementara Ifwat Akmal dan Fadzrul Daniel dilihat sedang menikmati santapan malam.

Ramai penyokong Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman tampil memberi respon berkenaan video tersebut.

“Ade yang sama akedemi, ada yang sama sekolah dan ada yang sekampung. Pemain-pemain tu semua kawan-kawan ja.”

“Dalam padang musuh, luar padang kawan la,” ujar Muhammad Andrey.  

Video tersebut telah dibanjiri komen-komen positif, memandang satu sisi baik yang berjaya ditonjolkan dalam kalangan pemain.

Keharmonian dan keakraban antara pemain ini sedikit sebanyak menjadi nilai tambah dalam menyerikan lagi kancah bola sepak tempatan.