Peluang Terbaik Kalamullah Buktikan Kemampuan Bersama Harimau Malaya

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Penjaga gol pasukan PJ City FC, Kalamullah Al-Hafiz telah berjaya membarisi senarai 24 orang pemain yang dibawa oleh Tan Cheng Hoe bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan yang berlangsung pada Oktober ini.

Penjaga gol berusia 26 tahun ini bakal mengisi slot penjaga gol negara bersama-sama dua lagi ‘otai’ iaitu Khairul Azhan Khalid dan juga bekas wira Piala AFF 2010, Khairul Fahmi Che Mat.

Ini merupakan kali pertama beliau dipanggil untuk mewakili negara setelah menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan bagi mengemudi gawang gol PJ City musim ini.

Sungguhpun beliau mendapat saingan sengit daripada Syihan Azmi sebagai penjaga gol utama pasukan, beliau terus mempamerkan kualiti yang diperlukan oleh pasukan apabila berjaya tampil 19 kali di pentas Liga Super.

Beliau juga telah merekodkan 8 perlawanan tanpa bolos sekaligus menggambarkan kemampuan yang dimiliki beliau untuk mendapat kepercayaan Tan Cheng Hoe kali ini.

Kalamullah juga menjadi antara penjaga gol yang melakukan penyelamatan terbanyak bersama penjaga gol Selangor FC Khairul Azhan Khalid dengan 59 kali penyelamatan.

Ini juga memberi sedikit gambaran mengenai apa yang boleh ditawarkan oleh beliau sekiranya diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama pasukan jika diberi peluang.

Walaupun perjalanan PJ City masih boleh diperbaiki bagi musim akan datang, namun persembahan yang ditunjukkan oleh pemain tempatan yang berbilang bangsa nyata memberikan satu elemen kerjasama dan persefahaman yang utuh sebagai satu pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *