Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Sikap beberapa individu mengkritik sehingga menghina penyerang Import Terengganu, Ivan Mamut mengundang kecaman hebat dari netizen.
Perbuatan pekerja yang dikatakan kurang adab itu telah mengkritik secara terus kepada Ivan Makut ketika beliau sedang berbelanja di sebuah pasaran saluran Giant.
Dalam video tersebut, ia yelah memaparkan seseorang pekerja giant sedang mengambil beberapa daging ayam untuk dibungkus buat pemain itu.
Individu tersebut juga dipercayai memperlekehkan kebolehan Mamut berbahasa Inggeris yang tidak begitu fasih. Disebabkan dia bercakap menggunakan loghat Terengganu, ia tidak difahami bekas penyerang Inter Zapresic itu.
Sebaik sahaja memuat naik video tersebut, ia telah pun mendapat tentangan hebat dari netizan termasuklah penyokong yang akaun Twitter Bola Sepak Terengganu (@BolaSepakTRG).
“Bukan alasan kerana Mamut tidak berapa mahir atas padang kamu dapat lesen nak menghina kemampuannya, dalam stadium tidak mengapa, tapi luar padang kamu sepatutnya menjadikan dia kawan, tunjukkan kebudayaan dan kemesraan budaya kita, berikan sokongan yang positif kepadanya supaya dia dapat meningkatkan mutu menjadi penyerang terbaik TFC (Terengganu FC).”
“Sikap sebegini sama sekali tidak boleh diterima. @GiantMalaysia, sila ambil tindakan serius terhadap isu ini,” tulis akaun berkenaan.