Pasukan Angkat Berat Dipacu Enam Muka Baharu

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Menurut Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat , seramai enam orang atlet baru yang bakal diserap ke dalam pasukan angkat berat kebangsaan bagi menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Hanoi dan Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Beliau turut memaklumkan mereka yang diserapkan ke dalam skuad baharu itu adalah Mohamad Aniq Kasdan yang beraksi dalam kategori 55 kilogram (kg), Muhamad Aznil Bidin (61 kg), Muhammad Erry Hidayat (73 kg), Mohd Nasir Roslan (81 kg), Muhammad Hafiz Shamsuddin (109 kg dan ke atas) dan seorang atlet wanita, Elly Cassendre Engelbert (55 kg).

“Seorang lagi atlet wanita akan dipanggil menyertai pasukan ini setelah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari Institut Sukan Negara (ISN) berikutan kecederaan dialami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bukan itu sahaja, perkhabaran besar ini diumumkan oleh Ayub selepas mencapai kata sepakat bagi proses pembentukan pasukan baharu tersebut yang dipersetujui Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu mesyuarat Ahad lepas.

Selain itu, perbincangan itu menyaksikan terdapat pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan, namun ia masih belum diumumkan dan tidak lama lagi bagi membimbing skuad kebangsaan.

Sambil itu, beliau juga turut berharap agar kesemua atlet terpilih dapat mempamerkan prestasi cemerlang selain dapat membantu untuk mengharumkan negara terutamanya dalam kejohanan yang bakal disertai nanti.

Ini juga dapat membuka peluang buat para atlet baharu mendapat tempat selain membuktikan kemampuan mereka setelah beberapa atlet sebelum ini telah pun menjalani penggantungan susulan isu doping.

Menurut KBS, perkara itu diputuskan Panel Pendengaran Anti-Doping Malaysia selepas kedua-dua atlet tersebut membuat pelanggaran artikel 2.1 dan artikel 2.2 Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *