Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Bekas ketua jurulatih pasukan Vietnam, Park Hang-seo pernah menawarkan diri untuk menjadi jurulatih skuad Malaysia.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengakui banyak menerima tawaran selepas piala AFF edisi 2018, namun beliau berhasrat untuk memimpin Harimau Malaya.
Pengendali berusia 65 tahun itu kini telah mengemudi pasukan Vietnam hampir 5 tahun dan meninggalkan skuad senior dengan menempa banyak kejayaan.
Beliau juga difahamkan sudah lama mahu menjadi jurulatih pasukan bola sepak Malaysia ingin menggantikan posisi Tan Cheong Hoe ketika itu.
Namun begiru, hasrat beliau tidak tercapai selepas FAM memilih Kim Pan Gon nagi mengetuai projek bola sepak di Malaysia.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter milik Piang Shankly, Park Hang-seo difahamkan sanggup meninggalkan Vietnam demi memegang jawatan selaku ketua jurulatih Harimau Malaya.
Park kini dikatakan tidak lagi akan bersama oleh mana- mana pasukan selepas tamat kontrak terakhirnya bersama Vietnam dalam saingan piala AFF 2022.
Beliau juga tidak terfikir untuk mengendalikan skuad Indonesia buat masa terdekat selepas mendapat tawaran daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi melatih pasukan kebangsaan negara itu.
Kejayaan yang pernah dicapai oleh beliau termasuk kejuaraan piala AFF 2018 dan 2021 menjadi kemenangan yang bermakna buat beliau.