Paralimpik 2020: Ziyad Zolkefli Sedia Gegar Tokyo

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Atlet olahraga negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menjadi taruhan terbaik pasukan negara dalam usaha memburu pingat emas di kejohanan tersebut.

Beliau juga merupakan juara bertahan selepas berjaya meraih emas dalam kejohanan lontar peluru F20 selain mencatat rekod dunia.

Menurut penjelasan Stadium Astro, prestasi yang ditunjukkan oleh beliau menjadikannya sebagai ‘rujukan’ oleh barisan jurulatih bagi kejohanan ini.

Sungguhpun begitu, bagi jurulatih negara, R. Jeganathan, beliau optimis dengan kemampuan anak buahnya untuk memperagakan aksi yang baik sunguhpun tidak menyertai mana-mana aksi kompetitif sejak wabak COVID-19 melanda.

“Secara keseluruhan, Ziyad dalam motivasi yang baik dan dijangka menampilkan aksi terbaik. Buat masa ini, kami tidak mengetahui kemampuan prestasi lawan yang bakal dihadapi Ziyad dalam saingan kali ini,” kata Jeganathan.

“Buat masa ini, saya sendiri optimis dan mereka akan menampilkan persembahan terbaik untuk cemerlang di Tokyo.”

Namun begitu, terdapat sedikit kegusaran yang bermain di fikiran jurulatih tersebut susulan penampilan ramai atlet baharu dalam acara tersebut.

Beliau kelihatan kekal positif sambil memberi kepercayaan penuh kepada para pemainnya untuk memberikan aksi yang sebaiknya.

Kini harapan negara buat Ziyad amat tinggi dan berharap agar beliau dapat mengekalkan rentak terbaik untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya 4 tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *