Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet lompat jauh paralimpik negara, Wong Kar Gee terpaksa menarik diri daripada meneruskan aksi ekoran kecederaan yang dialami ketika beraksi.
Walau bagaimanapun, atlet yang berasal dari Sabah itu nyata dalam kelas tersendiri apabila berjaya melakukan satu lompatan terbaik untuk rekod peribadi miliknya.
Bekas pemenang pingat emas di Kejohanan Olahraga Paralimpik Grand Prix (GP) Terbuka Dunia Handisport Paris, Perancis ini jelas menunjukkan kesungguhan mempamerkan aksi terbaik pada acara kali ini.
Lompatan yang dilakukan atlet berusia 30 tahun ini dalam acara T11/12 (masalah penglihatan) di Tokyo ini menunjukkan bahawa beliau telah membuat persediaan yang cukup rapi.
Beliau berjaya melakukan lompatan sejauh 5.93 meter iaitu ‘personal best’ buat dirinya sebelum terpaksa menarik diri akibat kecederaan ketika di lompatan ke-4.
Tekad dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh atlet ini dalam usaha membawa pulang pingat buat penyokong tanah air wajar dipuji.
Tidak mengapa Wong, anda sudah lakukan yang terbaik, anda tetap luar biasa. Tahniah dan terima kasih Wong Kar Gee!