Paralimpik 2020: Trio Berbasikal Negara Duduki Tempat Kelima

Majlis Sukan Negara

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atlet trio berbasikal para negara, Muhammad Hafiz Jamali, Zuhairi Ahmad Tarmizi dan Yusof Hafizi cemerlang mempamerkan aksi berkualiti di temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara Mixed C1-5 750m Team Sprint.

Perlawanan yang berlangsung sekitar jam 9 pagi tadi, menyaksikan ketiga-tiga pelumba negara turun dengan penuh keyakinan untuk sekurang-kurangnya mempamerkan aksi terbaik untuk bersaing sepanjang perlawanan.

Mereka dilihat cukup bersedia untuk berlumba dalam kejohanan ini apabila kayuhan dan pecutan yang dilakukannya berjaya memberi cabaran kepada pelumba-pelumba lain. Pecutan yang sangat berintensiti tinggi ini membantu atlet trio negara ini mencatat keputusan terbaik bagi diri mereka.

Namun begitu, rezeki tidak memihak kepada pelumba trio apabila sekadar menghabiskan saingan di tempat kelima dengan cacatan masa 50.532. Sementara pingat emas berjaya diraih trio daripada China, pingat perak milik trio Great Britain manakala gangsa milik trio Sepanyol. Tahniah dan syabas buat atlet negara!