Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pelari wanita negara, Siti Noor Iasah berjaya menamatkan larian di tempat ke-8 pada acara 400m wanita (t20).
Bekas pemenang pingat emas buat negara pada Sukan Para Asia di Jakarta ini turun dengan segunung pengalaman yang luas bagi memperbaiki catatan masa yang diciptanya di Rio empat tahun lalu.
Pelari berusia 32 tahun itu menamatkan larian di tempat keempat dengan catatan masa 59.89 pada pusingan kelayakan tempoh hari. Ini juga merupakan rekod terbaiknya pada musim ini.
Ketika temasya di Rio pada tahun 2016, Siti berada pada kedudukan keempat dan mencatat rekod baru Asia dengan catatan 58.55 saat.
Namun begitu, pada kejohanan kali ini, beliau masih belum mencapai catatan masa terbaiknya. Akan tetapi, semangat juang yang ditunjukkan oleh atlet ini wajar dipuji.
Beliau yang bakal beraksi di pentas akhir menentang pelumba-pelumba berpengalaman yang lain dalam usaha untuk meraih pingat buat kontinjen negara.
Namun begitu, beliau mencatatkan masa 1:01:05 sekaligus meletakkan beliau di tempat kelapan.
Tempat pertama dimenangi oleh Clark Breanna dari Amerika Syarikat sambil tempat kedua dan ketiga menjadi milik atlet dari Ukraine dan Brazil.