Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet paralimpik negara, Mohd Ridzuan Mohd Puzi berjaya melayakkan dirinya ke final dalam acara 100 meter lelaki T36 sebentar tadi.
Atlet negara yang berusia 33 tahun itu bermula pada lorong kelima berjaya mencatat keputusan terbaik dengan cacatan masa 12:06 saat sekaligus berjaya menempatkan diri pada kedudukan pertama di ‘Heat 2’.
Larian tenang yang dipamerkan Dikwan jelas sekali menunjukkan keyakinan beliau untuk menghadapi saingan kali ini.
Ridzuan akan berlari bersama lapan atlet lain pada esok hari demi memburu pingat emas di temasya Sukan Paralimpik 2020. Antaranya pelari dari Australia iaitu James Turner, atlet dari Argentina iaitu Alexis Sebastian serta atlet dari China iaitu Deng Peicheng.
Ridzuan berada di tempat ke-4 keseluruhan dalam saingan kelayakan 100 meter ke Final. Tahniah Dikwan, terus konsisten dan selamat maju jaya untuk Final esok.
Anda memang luar biasa!