Paralimpik 2020: Cheah Liek Hou Mara Ke Separuh Akhir, Catat Rekod Tanpa Kalah

Instagram: @csnsportstalk

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya meneruskan cabaran ke separuh akhir di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. 

Liek Hou berjaya menewaskan atlet tuan rumah, Imai Taiyo dengan ‘straight set’ dalam perlawanan tengah hari tadi yang berkesudahan Liek Hou menang 21-19 pada set pertama dan 21-12 pada set kedua.

Cheah Liek Hou sebelum ini menang bergaya dalam semua perlawanan peringkat kumpulan. Beliau berjaya menewaskan atlet dari Chinese Taipei dalam perlawanan semalam dengan ‘straight set’.

Dalam perlawanan pembukaan, Liek Hou sudah mula mengorak langkah kanan apabila menundukkan atlet dari Mesir, Eldakrory. Cheah Liek Hou menang mudah, 21-3 pada set pertama dan 21-2 pada set kedua.

Atlet yang berusia 33 tahun itu akan meneruskan kemaraanya esok hari di peringkat separuh akhir. Semoga Liek Hou terus konsisten, memburu kemenangan sekaligus menempah slot ke Final. Syabas dan tahniah Liek Hou. Anda memang luar biasa!