Paralimpik 2020: Kayuhan Yusof Hafizi Berakhir Di Tempat Ke-7

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Atlet berbasikal para negara, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin tidak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya setelah gagal melepasi peringkat kelayakan pagi ini.

Atlet kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu terpaksa berhempas pulas apabila menerima saingan sengit daripada lawan dari Germany yang turut merebut slot. Wakil Germany, Pierre Senska yang menjadi lawan Yusof turut gagal ke peringkat seterusnya.

Beliau yang mengambil bahagian dalam empat acara iaitu 3,000 meter dilihat cukup bersedia apabila setiap gerakan dan pecutannya dilihat tepat pada masa yang sesuai. Yusof konsisten dan berjaya dengan cacatan masa 3:58.413.

Bagaimanapun, pelumba dari China dan Sepanyol akan menyambung acara seterusnya pada jam 2:03 petang hari ini bagi peringkat Gangsa. Manakala pelumba Great Britain, Chernove T akan merebut gelaran juara bersama Astashow petang nanti.

Usaha dan semangat Yusof dalam kayuhan tadi wajar dicontohi atlet-atlet lain. Yusof akan beraksi dalam satu lagi acara track bagi aksi kelayakan Mixed C1-5 750m Team Sprint Sabtu nanti dan dua acara (cycling road) pada 31 Ogos dan 2 September. Tahniah dan terus semangat Yusof !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *