Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet para powerlifting negara, Jong Yee Khie berjaya menjulang nama negara di Tokyo hari ini. Atlet negara itu berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih pingat perak dalam kejohanan sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Yee Khie berjaya mengenepikan cabaran atlet-atlet lain untuk merangkul pingat perak bagi kategori lelaki 107kg pada aksi sebentar tadi. Beliau berjaya melakukan angkatan seberat 237kg sekaligus meletakkan dirinya dalam kedudukan teratas.
Atlet yang berusia 32 tahun ini membuat angkatan terbaiknya pada pusingan kedua. Angkata tersebut mengesahkan pingat kedua buat negara di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Setakat ini, kedua-dua pingat yang diraih atlet paralimpik negara kedua-duanya menerusi acara Powerlifting.
Malaysia kini berada di tangga ke-40 dalam pungutan pingat selepas berjaya merangkul satu pingat emas dan satu pingat perak.
Rekod angkatan seberat 237kg itu merupakan rekod terbaik buat anak jati kelahiran Kuching, Sarawak ini sepanjang beliau bergiat aktif dalam sukan para powerlifting ini.
Terima kasih Yee Khie atas usaha dan kesungguhan meraih pingat Perak pertama buat Malaysia di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Tahniah dan syabas wira negara!