Paralimpik 2020: Jamery Siga Duduki Tempat Keenam

Dayak Daily

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atlet renang para negara, Jeremy Anak Siga yang turun ke Pusat Akuatik Tokyo pada hari ini dalam acara renang 50m kategori lelaki (rama-rama) kurang bernasib baik apabila menghabiskan peringkat Heats 3 di tempat keenam.

Perenang kelahiran Kota Kinabalu ini turun penuh yakin dalam saingan kali ini dalam usaha untuk memburu tempat bagi ke final.

Bekas penyandang tempat kelima di Olimpik Rio ini kelihatan tampil dengan penuh keyakinan berbekalkan pengalaman luasnya dalam arena ini.

Beliau memulakan acara dengan baik dan konsisten dalam gerakannya sungguhpun mendapat tentangan sengit daripada perenang lain. Dengan catatan masa 40.32, beliau berhasil untuk menempatkan dirinya dalam kelompok sepuluh terbaik.

Jeremy juga pernah merangkul beberapa pingat emas dalam beberapa kejohanan Paralimpik sejak tahun 2010 dan pastinya ingin memperbaiki kedudukannya pada saingan kali ini.