Paralimpik 2020: Hasrat Wiro Julin Dapatkan Emas Tidak Kesampaian

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Atlet memanah negara, Wiro Anak Julin berakhir di kedudukan ke 26 dalam pusingan penentuan ranking memanah lelaki kategori kompaun yang berlangsung semalam.

Anak kelahiran Sabah ini bersaing dengan nama-nama besar yang lain dalam pusingan penentuan kedudukan terbaik bagi merebut kedudukan terbaik dalam acara ini.

Atlet berusia 27 tahun ini mempunyai pengalaman yang luas dilihat amat bersedia untuk memberikan aksi yang terbaik buat Malaysia.

Bekas pemenang pingat perak dalam acara individu Kompaun di Bangkok ini nyata dalam kelas tersendiri apabila tidak mensia-siakan setiap panahan yang dilakukan.

Sungguhpun telah melakukan sebaik mungkin, wiro terpaksa akur dengan kehandalan lawannya yang cukup berpengalaman dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berjaya mencatatkan keputusan yang amat konsisten pada semua set yang dilakukannya.

Malah, pada set ketiga, ketenangan dan kesungguhan beliau jelas berbayar apabila mencatatkan empat kali pungutan mata 10 sekaligus berjaya mengumpul 168 mata dalam acara tersebut selepas tiga set berlangsung.

Pada separuh kedua yang berikutnya, Wiro dilihat konsisten dengan pungutan mata yang diperolehinya dengan purata 57 mata dalam setiap set melonjakkannya untuk berada pada kedudukan ke-24.

Beliau menamatkan acara pada kedudukan ke 26 daripada 36 perserta dengan catatan 673 mata pada pusingan kelayakan ini sekaligus menjadi catatan terbaiknya musim ini.

Pada perlawanan inidividual kompaun yang berlangsung pada hari ini, Wiro turun menentang lawan yang berasal dari Republik Czech iaitu Shigaev Bair dalam pusingan penyingkiran.

Beliau berjaya melakukan beberapa panahan yang dilakukan dengan sangat konsisten. Namun begitu, beliau terpaksa akur dengan kehebatan lawannya itu apabila tewas 136-126

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *