Paralimpik 2020: Chew Wei Lun Mula Langkah Kanan

Instagram: @csnsportstalk

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Atlet paralimpik Boccia negara, Chew Wei Lun mula langkah kanan di Tokyo Metropolitan Gymnasium hari ini. Atlet yang berusia 26 tahun itu berjaya menunjukkan prestasi terbaiknya dalam pentas temasya Sukan Paralimpik 2020 kali ini.

Anak jati kelahiran Johor ini berjaya menewaskan Vitoria De dari Brazil dengan keputusan 5-2 dalam perlawanan pertama Pool B. Kemenangan itu merupakan kemenangan sulungnya dalam temasya kali ini. Set pertama, Chew Wei tewas 1-0 dan bangkit pada set kedua dengan mengutip dua mata mendahului atlet dari Brazil itu.

Beliau sekadar seri 1-1 pada set ketiga namun meneruskan rentak terbaiknya pada set terakhir, menang 2-0 sekaligus menjadikan keputusan berakhir 5-2. Ini sekaligus mengesahkan kemenangan miliknya.

Atlet negara ini akan bertemu wakil dari Thailand esok hari dalam perlawanan kedua menentang Witsanu Huadpradit. Semoga Chew Wei dapat mempersembahkan aksi terbaik dalam misi memburu pingat buat negara.

Chew Wei Lun sebelum ini pernah mengungguli pingat Perak dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong pada 2019. Beliau juga berjaya mendapat pingat Gangsa dalam Temasya Bisfed di Dubai pada 2019. Kini beliau kembali, memberi saingan kepada para atlet dunia di Sukan Paralimpik 2020.