Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet Boccia Para Negara, Chew Wei Lun meneruskan rentak cemerlang dalam aksi di Paralimpik Tokyo tahun ini apabila mencatatkan kemenangan keduanya di kejohanan tersebut.
Wei Lun telah menewaskan Andreza Victoria de Oliveira bagi pusingan pertama pada hari Sabtu yang lalu sekaligus membawa beliau bertemu dengan atlet dari Thailand, Witsanu Huadpradit.
Beliau dilihat tidak berdepan sebarang masalah namun menerima tentangan sengit daripada lawannya itu.
Sungguhpun begitu, Wei Lun yang berada pada ranking ke-11 dunia dilihat berdepan tentangan sengit daripada Huadpradit pada pertemuan berkenaan sebelum akhirnya diumumkan selaku pemenang.
Perlawanan petang ini bakal menemukan beliau berdepan atlet para Korea Selatan yang juga pemain ranking kelapan dunia, Sung Joon Jung dari Korea Selatan.
Beliau berjaya menumbangkan cabaran pemain itu apabila bangkit daripada ketinggalan 0-3 untuk menewaskan pemain berkelas dunia, Sungjoon Jung dari Korea Selatan, 9-3.
Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, beliau dijadualkan menentang Curinova Katerina dari Republik Czech.
Dalam perlawanan itu, beliau menewaskan Katerina dengan mata 11-0.
Atlet berusia 26 tahun itu perlu berjuang sehabis baik bagi menamatkan saingan di kedudukan dua terbaik Pool B jika mahu layak ke peringkat seterusnya.