Pemain ping-pong perseorangan negara, Chee Chao Ming tewas pada perlawanan pembukaan Paraolimpik Tokyo 2020 hari ini.
Pemain yang berada pada kedudukan ke-20 dunia ini tewas menerusi ‘straight set’ kepada lawan dari Itali iaitu Kalem.
Keputusan rasmi perlawanan menunjukkan Chee tewas set pertama 11-6 sungguhpun telah berjaya memberi saingan terbaik kepada lawannya itu.
Bersambung set kedua, beliau dilihat sudah berjaya untuk menemui rentak apabila berjaya beberapa kali untuk mengikat lawannya sebelum tewas juga dengan keputusan 11-7.
Pda set ketiga, perancangan dan gerakan Chee sudah boleh dibaca dengan mudah oleh Kalem apabila beliau berjaya menamatkan cabaran pemain berusia 24 tahun itu dalam masa 20 minit sahaja.
Wednesday, 25 August
— #UltraParalimpik🥇 (@ultrasukan) August 24, 2021
Malaysian athletes involved:
🏓 Chee Chaoming
🏊♂️ Muhammad Nursyaiful
The tournament will start at 8:40 a.m
Let's go Malaysia 💛#Paralympics #Tokyo2020 #KamiLuarBiasa #SokongMalaysia #GanbatteMalaysia pic.twitter.com/p30pk6OikR
Atlet kelahiran Kuala Lumpur itu masih berpeluang untuk menebus kekecewaan apabila dijadual bertemu Joshua Stacey dari Great Britain pada perlawanan kedua pagi esok.
Beliau juga bakal mengakhiri perlawanan peringkat kumpulan bertemu Lin Ma dari Australia.