Paralimpik 2020: Cheah Liek Hou Mula Langkah Kanan

NSTP

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Debut impian Atlet badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou mula dengan langkah kanan apabila beliau mudah menewaskan atlet daripada Mesir, Eldakrory dalam acara perseorangan lelaki (SU5).

Atlet yang berusia 33 tahun itu mendahului set pertama dengan 21-3. Cheah Liek Hou amat tenang dalam memerangkap atlet daripada Mesir dalam perlawanan sebentar tadi.

Beliau terus konsisten mendominasi permainan dalam set kedua. Strateginya membuahkan hasil apabila berjaya mencuri mata dan meninggalkan lawan dengan mata yang agak jauh. Liek Hou menang dalam set kedua dengan 21-2.

Atlet kelahiran Kuala Lumpur ini berjaya mencatat kemenangan pertamanya dalam siri perlawanan di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Acara badminton ini merupakan acara yang julung kali dipertandingkan di temasya sukan paralimpik. Liek Hou merupakan prospek terbaik negara, menjadi taruhan pingat buat Malaysia.

Cheah Liek Hou akan berdepan atlet dari Chinese Taipei, Fang Jen-Yu esok hari jam 3 petang. Tahniah dan selamat maju jaya Liek Hou.